BIAR ANAK MENEROKA ALAM, MENCUBA CABARAN DAN MENCIPTA KENANGAN
Hari Kanak-Kanak Rimba 2026 di Kem Rimba Tamu memberi peluang kepada anak-anak untuk merasai pengalaman outdoor dalam suasana rimba yang menyeronokkan. .
Pelbagai aktiviti menarik menanti, termasuk pengalaman memasak dalam buluh bersama ibu bapa! Bayangkan anak-anak dapat membantu menyediakan makanan, belajar sesuatu yang baharu dan menikmati hasil masakan bersama keluarga di tengah-tengah alam semula jadi. Pasti menjadi satu pengalaman yang berbeza daripada hari-hari biasa.
Menariknya, program ini bukan untuk anak-anak sahaja. Ibu bapa juga berpeluang meluangkan masa bersama mereka, bermain bersama dan mencipta kenangan yang mungkin akan dikenang sampai bila-bila.
Itulah yang ingin kami bawakan melalui Hari Kanak-Kanak Rimba — satu hari untuk anak-anak menikmati zaman kanak-kanak mereka sambil belajar dan meneroka dunia luar dengan cara yang menyeronokkan.
Jom raikan Hari Kanak-Kanak dengan pengalaman yang berbeza di Kem Rimba Tamu!
Bawa anak-anak, luangkan masa bersama keluarga dan cipta kenangan indah di alam semula jadi. Kerana kenangan zaman kanak-kanak inilah yang akan mereka ingat apabila dewasa nanti.
Daripada aktiviti explorace, jungle survival dan memasak di alam semula jadi, anak-anak berpeluang mencuba sesuatu yang baharu dan menyeronokkan.
2. Mempelajari Sesuatu Di Alam Semula
Jadi
Memberikan peluang kepada anak-anak untuk belajar
secara hands-on dalam persekitaran hutan, sungai dan alam semula jadi. Di sinilah mereka dapat merasai sendiri pengalaman yang sukar diperoleh melalui pembelajaran biasa.
3. Kenangan Bersama Keluarga
Bayangkan gelak
tawa
anak-anak, keseronokan
melakukan aktiviti outdoor bersama ibu bapa dan momen indah yang boleh dikenang sampai bila-bila.
Peserta akan mempelajari teknik menghidupkan api menggunakan ferro rod, sekali gus membina kemahiran asas ikhtiar hidup, meningkatkan keyakinan diri dan memahami kepentingan keselamatan ketika melakukan aktiviti di alam semula jadi.
2. Outdoor Cooking
Merasai pengalaman Outdoor Cooking dengan belajar memasak menggunakan buluh di alam semula jadi, sambil meneroka kemahiran survival, kreativiti dan keseronokan menyediakan hidangan bersama ibu bapa.
3. Shelter
Peserta akan belajar membina shelter menggunakan bahan-bahan semula jadi di persekitaran bagi mempelajari teknik asas ikhtiar hidup, meningkatkan kreativiti serta membina kemahiran menyelesaikan masalah dalam situasi outdoor.
4. Sumpit
Peserta akan merasai pengalaman bermain sumpit yang menyeronokkan sambil menguji fokus, ketepatan sasaran dalam suasana aktiviti outdoor yang mencabar.
5. Kerchang
Peserta akan belajar mengamalkan kesabaran, fokus dan ketelitian melalui permainan Kerchang Orang Asli yang memerlukan mereka berfikir dengan tenang untuk menyelesaikan setiap cabaran.