HARI KANAK - KANAK RIMBA 2026

21 NOVEMBER 2026

KEM RIMBA TAMU, BATANG KALI, SELANGOR

BIAR ANAK MENEROKA ALAM, MENCUBA CABARAN DAN MENCIPTA KENANGAN

Hari Kanak-Kanak Rimba 2026 di Kem Rimba Tamu memberi peluang kepada anak-anak untuk merasai pengalaman outdoor dalam suasana rimba yang menyeronokkan. .

Pelbagai aktiviti menarik menanti, termasuk pengalaman memasak dalam buluh bersama ibu bapa! Bayangkan anak-anak dapat membantu menyediakan makanan, belajar sesuatu yang baharu dan menikmati hasil masakan bersama keluarga di tengah-tengah alam semula jadi. Pasti menjadi satu pengalaman yang berbeza daripada hari-hari biasa. 🌱

Menariknya, program ini bukan untuk anak-anak sahaja. Ibu bapa juga berpeluang meluangkan masa bersama mereka, bermain bersama dan mencipta kenangan yang mungkin akan dikenang sampai bila-bila.

Itulah yang ingin kami bawakan melalui Hari Kanak-Kanak Rimba — satu hari untuk anak-anak menikmati zaman kanak-kanak mereka sambil belajar dan meneroka dunia luar dengan cara yang menyeronokkan.

🌳 Jom raikan Hari Kanak-Kanak dengan pengalaman yang berbeza di Kem Rimba Tamu!

Bawa anak-anak, luangkan masa bersama keluarga dan cipta kenangan indah di alam semula jadi. Kerana kenangan zaman kanak-kanak inilah yang akan mereka ingat apabila dewasa nanti. ❤️

img 7846
6e5592bf 8403 435e b804 65a21980770e
iklan 1

KENAPA MEMILIH KEM RIMBA TAMU?

1. Aktiviti Menarik & Penuh Pengalaman

Daripada aktiviti explorace, jungle survival dan memasak di alam semula jadi, anak-anak berpeluang mencuba sesuatu yang baharu dan menyeronokkan.

2. Mempelajari Sesuatu Di Alam Semula Jadi

Memberikan peluang kepada anak-anak untuk belajar secara hands-on dalam persekitaran hutan, sungai dan alam semula jadi. Di sinilah mereka dapat merasai sendiri pengalaman yang sukar diperoleh melalui pembelajaran biasa.

3. Kenangan Bersama Keluarga

Bayangkan gelak tawa anak-anak, keseronokan melakukan aktiviti outdoor bersama ibu bapa dan momen indah yang boleh dikenang sampai bila-bila.

AKTIVITI MENARIK YANG DISEDIAKAN !!!

img 8934

1. Teknik Menghidupkan Api

Peserta akan mempelajari teknik menghidupkan api menggunakan ferro rod, sekali gus membina kemahiran asas ikhtiar hidup, meningkatkan keyakinan diri dan memahami kepentingan keselamatan ketika melakukan aktiviti di alam semula jadi.

img 8935

2. Outdoor Cooking

Merasai pengalaman Outdoor Cooking dengan belajar memasak menggunakan buluh di alam semula jadi, sambil meneroka kemahiran survival, kreativiti dan keseronokan menyediakan hidangan bersama ibu bapa.

img 8938

3. Shelter

Peserta akan belajar membina shelter menggunakan bahan-bahan semula jadi di persekitaran bagi mempelajari teknik asas ikhtiar hidup, meningkatkan kreativiti serta membina kemahiran menyelesaikan masalah dalam situasi outdoor.

img 8950

4. Sumpit

Peserta akan merasai pengalaman bermain sumpit yang menyeronokkan sambil menguji fokus, ketepatan sasaran dalam suasana aktiviti outdoor yang mencabar.

img 8952

5. Kerchang

Peserta akan belajar mengamalkan kesabaran, fokus dan ketelitian melalui permainan Kerchang Orang Asli yang memerlukan mereka berfikir dengan tenang untuk menyelesaikan setiap cabaran.

Tentatif Program

img 8794

HARGA PENYERTAAN

img 8787

LOKASI

FOLLOW MEDIA SOSIAL KEM RIMBA TAMU