Kem Rimba Tamu
Where Nature Builds Character
Tentang Kami
Kem Rimba Tamu terletak di Batang Kali, Selangor.
Lokasi Kem Rimba Tamu (KRT), di kaki Gunung Genting, dalam kawasan Perkampungan Orang Asli Suku Temuan. Dengan bertemakan “Back To Nature”, kursus-kursus yang dijalankan akan menggunakan alam sekitar sebagai perantara penyampaian. Anda akan menikmati suasana dalam taman hutan lipur, dalam suasana rimba semula jadi, beriramakan deruan air sungai sedingin salji yang sungguh menyegarkan. Di sini, kami menyediakan pelbagai kemudahan kem di bawah rimbunan rimba semulajadi untuk anda menganjurkan pelbagai program latihan, motivasi mahupun kesejahteraan fizikal & mental.
Kenapa Pilih Kami ?
Program Disesuaikan
Program kami akan disesuaikan dengan objektif pihak penganjur.
Jurulatih Berpengalaman
Program kami dikendalikan oleh jurulatih bertauliah dan berpengalaman lebih 10 tahun di dalam bidang latihan.
Aktiviti
Aktiviti menarik dan lengkap di dalam pakej. Tiada caj tambahan untuk sebarang aktiviti.
Lokasi Menarik
Lokasi kem kami yang menarik dikelilingi alam semula jadi sesuai untuk semua jenis program.
Harga Berpatutan
Harga pakej kami sangat berbaloi dengan nilai yang diterima pelanggan.
Pakej Lengkap
Pakej kami lengkap termasuk penginapan, sajian, aktiviti, jurulatih, fasilitator, sijil dan hamper.
FAQ
Berapa minimum bilangan peserta?
Bilangan minimum peserta adalah 40 orang. Kelonggaran akan diberikan untuk program weekdays atau weekends minggu 1,3 atau 5.
Adakah modul boleh disesuaikan mengikut keperluan sekolah?
Ya. Kami boleh membina modul berdasarkan objektif sekolah seperti:
- Kepimpinan
- Pembentukan Sahsiah
- Team Building
- Motivasi
- Unit Beruniform
- STEM Outdoor Learning
- Kem Jati Diri
Adakah jurulatih bertauliah?
Ya. Program dikendalikan oleh jurulatih berpengalaman dan bertauliah dalam mengendalikan program pembangunan pelajar serta aktiviti luar. Sijil jurulatih akan kami sertakan atas permintaan.
Bagaimana aspek keselamatan peserta dijaga?
Keselamatan merupakan keutamaan kami. Semua aktiviti dijalankan mengikut SOP keselamatan, menggunakan peralatan yang sesuai serta dipantau oleh jurulatih sepanjang program.
Bagaimana proses tempahan?
Prosesnya mudah:
- Hubungi pasukan kami.
- Maklumkan tarikh dan anggaran peserta.
- Kami akan menyediakan cadangan program dan sebut harga.
- Bayaran deposit dibuat untuk mengesahkan tempahan.
Berapa awal perlu membuat tempahan?
Kami mengesyorkan tempahan dibuat sekurang-kurangnya 2–3 bulan lebih awal kerana tarikh popular seperti weekends minggu 2 dan 4 biasanya penuh lebih awal.
Di manakah lokasi Kem Rimba Tamu?
Kem Rimba Tamu terletak di Batang Kali, Selangor, dalam suasana alam semula jadi yang sesuai untuk pembelajaran luar bilik darjah.
Bagaimana jika cuaca hujan?
Program akan diteruskan mengikut pelan alternatif yang telah disediakan. Aktiviti tertentu mungkin diubah atau digantikan dengan aktiviti lain yang lebih selamat. Ketua fasi kami akan berbincang dengan guru penyelaras berkenaan sebarang perubahan tentatif.
Hubungi Kami
Click button di bawah dan isikan borang untuk dapatkan sebutharga atau maklumat lanjut.
Testimonials
