Pakej Perkhemahan Badan Beruniform

Membentuk Pelajar Berdisiplin, Berdaya Tahan dan Bersedia Menghadapi Cabaran

Program Kem Badan Beruniform di Kem Rimba Tamu direka khas untuk membantu sekolah melahirkan ahli badan beruniform yang lebih berdisiplin, berkeyakinan dan mampu bekerjasama sebagai satu pasukan.

Melalui gabungan aktiviti lasak, latihan kemahiran, cabaran berkumpulan dan pembelajaran berasaskan pengalaman (Experiential Learning), peserta bukan sahaja mempelajari kemahiran asas badan beruniform malah membina nilai kepimpinan, tanggungjawab dan ketahanan diri.

Program ini boleh disesuaikan mengikut keperluan sekolah, sama ada untuk Pengakap, Kadet Remaja Sekolah (KRS), Pandu Puteri, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), St. John Ambulans, Kadet Polis, Kadet Bomba dan badan beruniform lain.

Program ini sesuai untuk:

  • Pengakap
  • Kadet Remaja Sekolah (KRS)
  • Pandu Puteri
  • Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)
  • St. John Ambulans
  • Kadet Polis
  • Kadet Bomba
  • Puteri Islam
  • Badan beruniform sekolah rendah
  • Badan beruniform sekolah menengah

Mengapa Memilih Kem Badan Beruniform di Kem Rimba Tamu?

Di Kem Rimba Tamu, kami percaya bahawa pembelajaran di luar bilik darjah memberikan impak yang lebih mendalam kepada pelajar. Suasana alam semula jadi menjadi medium terbaik untuk melatih peserta menghadapi cabaran sebenar, membina daya tahan serta meningkatkan semangat berpasukan.

Setiap aktiviti dirancang dengan objektif yang jelas agar peserta dapat mengaplikasikan nilai-nilai badan beruniform dalam kehidupan seharian.

Objektif Kem Kokurikulum

* Memperkukuh kemahiran insaniah melalui aktiviti kokurikulum.
* Meningkatkan semangat kerjasama, toleransi dan perpaduan.
* Membentuk disiplin, tanggungjawab dan kepatuhan terhadap arahan.
* Menggalakkan penyertaan aktif dalam aktiviti fizikal dan pembelajaran luar bilik darjah.
* Mengembangkan potensi diri melalui pengalaman pembelajaran secara praktikal.
* Melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Aktiviti Program

Setiap program boleh diubah suai mengikut umur peserta, objektif sekolah dan tempoh program.

Team Building

Aktiviti berkumpulan yang meningkatkan komunikasi, kerjasama dan kepercayaan antara ahli pasukan.

Jungle Trekking

Merentas laluan hutan sambil mempelajari disiplin, ketahanan diri dan semangat berpasukan.

Flying Fox / Abseiling

Membina keberanian, fokus dan keyakinan diri.

Compass Navigation

Peserta mempelajari penggunaan kompas, membaca arah dan navigasi asas di kawasan hutan.

Ikhtiar Hidup (Survival Skills)

Latihan asas seperti mengenal sumber semula jadi, membina tempat perlindungan ringkas dan teknik survival.

Orienteering

Cabaran mencari checkpoint menggunakan peta dan kompas yang menguji kepimpinan serta penyelesaian masalah.

Night Walk

Aktiviti malam yang melatih keberanian, disiplin dan kepercayaan kepada ahli kumpulan.

Explorace

Permainan berkumpulan yang menggabungkan cabaran fizikal dan mental bagi mengukuhkan semangat berpasukan.

Kemahiran Yang Dipelajari

Sepanjang program, peserta berpeluang menguasai pelbagai kemahiran seperti:

  • Kepimpinan
  • Kerjasama dalam pasukan
  • Komunikasi berkesan
  • Pengurusan masa
  • Penyelesaian masalah
  • Navigasi menggunakan kompas
  • Ikhtiar hidup
  • Pengurusan risiko
  • Disiplin diri
  • Ketahanan mental

Mengapa Sekolah Memilih Kem Rimba Tamu?

Sekolah memilih Kem Rimba Tamu kerana:

  • Program boleh disesuaikan mengikut objektif sekolah.
  • Jurulatih berpengalaman mengendalikan program pelajar.
  • Aktiviti mencabar tetapi dikendalikan mengikut prosedur keselamatan.
  • Persekitaran hutan dan sungai yang sesuai untuk pembelajaran luar bilik darjah.
  • Pengurusan program yang sistematik dan profesional.
  • Penekanan kepada pembangunan sahsiah, disiplin dan kepimpinan.

1 Hari

  1. Kemudahan kawasan
  2. Sajian (3x)
  3. Aktiviti
  4. Jurulatih dan Fasilitator
  5. Sijil
  6. Hamper (2x)

RM 90/Pax

2 Hari 1 Malam

  1. Penginapan
  2. Sajian (4x)
  3. Aktiviti
  4. Jurulatih dan Fasilitator
  5. Sijil
  6. Hamper (4x)

RM 140/Pax

3 Hari 2 Malam

  1. Penginapan
  2. Sajian (8x)
  3. Aktiviti
  4. Jurulatih dan Fasilitator
  5. Sijil
  6. Hamper (4x)

RM 175/Pax

* Penginapan dan sajian guru pengiring adalah percuma untuk 80 peserta keatas (Nisbah 1 guru : 10 murid)

Tempah Program Kem Badan Beruniform Anda Hari Ini

 

Ingin menganjurkan program yang lebih daripada sekadar perkhemahan biasa?

Di Kem Rimba Tamu, kami membantu sekolah melaksanakan Kem Badan Beruniform yang menggabungkan pembelajaran, cabaran dan pengalaman bermakna bagi membentuk pelajar yang lebih berdisiplin, berkeyakinan dan bersedia menghadapi cabaran masa depan.

Hubungi kami hari ini untuk mendapatkan konsultasi percuma, cadangan modul dan sebut harga yang disesuaikan dengan keperluan sekolah.

Anjurkan Kem Badan Beruniform di Selangor bersama Kem Rimba Tamu. Program untuk Pengakap, KRS, BSMM, Pandu Puteri, Kadet Polis dan badan beruniform lain dengan aktiviti outdoor, ikhtiar hidup, navigasi kompas serta team building yang membina disiplin dan kepimpinan.

 

Kem Badan Beruniform di Selangor | Pengakap, KRS, BSMM & Pandu Puteri | Kem Rimba Tamu

FAQ

Bilangan minimum peserta adalah 40 orang. Kelonggaran akan diberikan untuk program weekdays atau weekends minggu 1,3 atau 5.

Ya. Kami boleh membina modul berdasarkan objektif sekolah seperti:

  • Kepimpinan
  • Pembentukan Sahsiah
  • Team Building
  • Motivasi
  • Unit Beruniform
  • STEM Outdoor Learning
  • Kem Jati Diri

Ya. Program dikendalikan oleh jurulatih berpengalaman dan bertauliah dalam mengendalikan program pembangunan pelajar serta aktiviti luar. Sijil jurulatih akan kami sertakan atas permintaan.

Keselamatan merupakan keutamaan kami. Semua aktiviti dijalankan mengikut SOP keselamatan, menggunakan peralatan yang sesuai serta dipantau oleh jurulatih sepanjang program.

Prosesnya mudah:

  1. Hubungi pasukan kami.
  2. Maklumkan tarikh dan anggaran peserta.
  3. Kami akan menyediakan cadangan program dan sebut harga.
  4. Bayaran deposit dibuat untuk mengesahkan tempahan.

Kami mengesyorkan tempahan dibuat sekurang-kurangnya 2–3 bulan lebih awal kerana tarikh popular seperti weekends minggu 2 dan 4 biasanya penuh lebih awal.

Kem Rimba Tamu terletak di Batang Kali, Selangor, dalam suasana alam semula jadi yang sesuai untuk pembelajaran luar bilik darjah.

Program akan diteruskan mengikut pelan alternatif yang telah disediakan. Aktiviti tertentu mungkin diubah atau digantikan dengan aktiviti lain yang lebih selamat. Ketua fasi kami akan berbincang dengan guru penyelaras berkenaan sebarang perubahan tentatif.