Pakej Kem Kepimpinan
Membina Pemimpin Berkarisma, Berdisiplin dan Berkeyakinan
Setiap sekolah memerlukan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah mampu memimpin, bekerjasama dan membuat keputusan dengan yakin.
Di Kem Rimba Tamu, kami menyediakan Program Kem Kepimpinan Sekolah yang direka khas untuk melatih pemimpin muda melalui pengalaman pembelajaran secara praktikal di alam semula jadi. Program ini menggabungkan aktiviti lasak, cabaran berkumpulan dan sesi refleksi yang membantu peserta membina keyakinan diri, komunikasi serta semangat kepimpinan.
Program ini sesuai untuk:
- Pengawas Sekolah
- Pengawas Pusat Sumber
- Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
- Ketua Tingkatan
- Pengawas SPBT
- Ahli Jawatankuasa Kelab & Persatuan
- Pemimpin Badan Beruniform
- Pemimpin Pelajar Sekolah Rendah dan Menengah
Mengapa Memilih Kem Kepimpinan di Kem Rimba Tamu?
Di Kem Rimba Tamu, kami percaya bahawa pemimpin yang baik dibentuk melalui pengalaman sebenar, bukan hanya ceramah di dalam dewan.
Peserta akan menghadapi pelbagai cabaran yang memerlukan mereka:
- Berkomunikasi dengan berkesan
- Membuat keputusan di bawah tekanan
- Menyelesaikan masalah secara kreatif
- Mengurus konflik dalam kumpulan
- Membina kepercayaan sesama ahli pasukan
- Mengamalkan disiplin dan tanggungjawab
- Mengasah kemahiran kepimpinan melalui pengalaman sebenar
Pendekatan pembelajaran secara “experiential learning” menjadikan setiap aktiviti lebih bermakna dan mudah diaplikasikan dalam kehidupan di sekolah.
Objektif Kem Kepimpinan
* Membina keyakinan diri dan keberanian untuk memimpin.
* Meningkatkan kemahiran komunikasi serta pengucapan awam.
* Memupuk semangat kerjasama dan kepimpinan dalam kumpulan.
* Melatih peserta membuat keputusan secara bijak dan bertanggungjawab.
* Membentuk pemimpin yang berintegriti, berdisiplin dan berdaya saing.
* Mengasah kemahiran menyelesaikan masalah dalam pelbagai situasi.
Aktiviti Kem Kepimpinan
Setiap program boleh disesuaikan mengikut umur peserta, objektif sekolah dan tempoh program.
Antara aktiviti yang ditawarkan:
Team Building
Aktiviti berkumpulan yang meningkatkan komunikasi, kerjasama dan kepercayaan antara peserta.
Jungle Trekking
Cabaran merentas hutan yang menguji daya tahan, kepimpinan dan semangat berpasukan.
Flying Fox
Membina keberanian, keyakinan diri dan kesediaan menghadapi cabaran baharu.
Night Walk
Aktiviti malam yang menguji keberanian, disiplin dan kepercayaan kepada ahli kumpulan.
Ice Breaking & Leadership Games
Permainan interaktif yang membantu peserta mengenali potensi diri dan membina hubungan dengan raka
Modul Kepimpinan
Program boleh merangkumi modul seperti:
- Kepimpinan Berkesan
- Komunikasi Efektif
- Pengucapan Awam
- Penyelesaian Konflik
- Pengurusan Masa
- Kerja Berpasukan
- Pengurusan Emosi
- Nilai Integriti
- Kepimpinan Berasaskan Teladan
1 Hari
- Kemudahan kawasan
- Sajian (3x)
- Aktiviti
- Jurulatih dan Fasilitator
- Sijil
- Hamper (2x)
RM 90/Pax
2 Hari 1 Malam
- Penginapan
- Sajian (4x)
- Aktiviti
- Jurulatih dan Fasilitator
- Sijil
- Hamper (4x)
RM 140/Pax
3 Hari 2 Malam
- Penginapan
- Sajian (8x)
- Aktiviti
- Jurulatih dan Fasilitator
- Sijil
- Hamper (4x)
RM 175/Pax
* Penginapan dan sajian guru pengiring adalah percuma untuk 80 peserta keatas (Nisbah 1 guru : 10 murid)
Tempah Program Kem Kepimpinan Sekolah Anda Hari Ini
Sedang merancang program untuk pengawas, ketua tingkatan, PRS atau pemimpin pelajar?
Kem Rimba Tamu bersedia membantu sekolah anda melaksanakan program kepimpinan yang menyeronokkan, tersusun dan memberi impak kepada pembangunan sahsiah pelajar.
📞 Hubungi kami hari ini untuk mendapatkan konsultasi percuma, cadangan modul dan sebut harga yang disesuaikan dengan keperluan sekolah.
Anjurkan Kem Kepimpinan Sekolah di Selangor bersama Kem Rimba Tamu. Program untuk pengawas, PRS, badan beruniform dan pemimpin pelajar dengan aktiviti outdoor, team building serta modul kepimpinan yang boleh disesuaikan.
Â
Kem Kepimpinan Sekolah di Selangor | Kem Rimba Tamu
FAQ
Berapa minimum bilangan peserta?
Bilangan minimum peserta adalah 40 orang. Kelonggaran akan diberikan untuk program weekdays atau weekends minggu 1,3 atau 5.
Adakah modul boleh disesuaikan mengikut keperluan sekolah?
Ya. Kami boleh membina modul berdasarkan objektif sekolah seperti:
- Kepimpinan
- Pembentukan Sahsiah
- Team Building
- Motivasi
- Unit Beruniform
- STEM Outdoor Learning
- Kem Jati Diri
Adakah jurulatih bertauliah?
Ya. Program dikendalikan oleh jurulatih berpengalaman dan bertauliah dalam mengendalikan program pembangunan pelajar serta aktiviti luar. Sijil jurulatih akan kami sertakan atas permintaan.
Bagaimana aspek keselamatan peserta dijaga?
Keselamatan merupakan keutamaan kami. Semua aktiviti dijalankan mengikut SOP keselamatan, menggunakan peralatan yang sesuai serta dipantau oleh jurulatih sepanjang program.
Bagaimana proses tempahan?
Prosesnya mudah:
- Hubungi pasukan kami.
- Maklumkan tarikh dan anggaran peserta.
- Kami akan menyediakan cadangan program dan sebut harga.
- Bayaran deposit dibuat untuk mengesahkan tempahan.
Berapa awal perlu membuat tempahan?
Kami mengesyorkan tempahan dibuat sekurang-kurangnya 2–3 bulan lebih awal kerana tarikh popular seperti weekends minggu 2 dan 4 biasanya penuh lebih awal.
Di manakah lokasi Kem Rimba Tamu?
Kem Rimba Tamu terletak di Batang Kali, Selangor, dalam suasana alam semula jadi yang sesuai untuk pembelajaran luar bilik darjah.
Bagaimana jika cuaca hujan?
Program akan diteruskan mengikut pelan alternatif yang telah disediakan. Aktiviti tertentu mungkin diubah atau digantikan dengan aktiviti lain yang lebih selamat. Ketua fasi kami akan berbincang dengan guru penyelaras berkenaan sebarang perubahan tentatif.
